Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau (karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida) di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang. Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba. Secara kesimpulan, dunia akan menjadi semakin panas dan menyebabkan banyak permasalahan antaranya kesan terhapap kesihatan dan aktiviti kehidupan seharian manusia.
