Benda pertama yang harus diambil tahu ialah jangka hayat jaminan iaitu (Warranty). Pastikan penjual telahpun memasukkan sekali pakej pembelian dengan warranty laptop tersebut. Ini adalah kerana bimbang akan berlaku permasalahan dalam tempoh penggunaan. Selalunya penjual akan memberi beberapa tahap warranty boleh jadi 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan atau setahun. Kedua, processor adalah sesuatu yang amat penting dalam pemilihan laptop refurbished. Pastikan tahap relevan untuk pengunaan processor tersebut boleh digunakan pada sesuatu jangkamasa yang sesuai. Selain itu sekiranya penggunaan tersebut adalah bagi tujuan grafik atau pembikinan video maka harus dititik beratkan processor yang lebih terbaru. Ketiga, jenis storage. Jenis storage juga terpulang pada si pengguna. Sekiranya si pengguna memerlukan storage yang lebih besar bagi tujuan simpanan data dan maklumat adalah digalakkan bagi mendapatkan storage yang lebih besar. Keempat, pemilihan saiz RAM juga adalah penting bagi memastikan laptop berada dalam kepantasan yang dikehendaki. Semakin besar size RAM semakin pantaslah kelajuan laptop tersebut. Pastikan laptop tersebut juga mempunyai slot yang lebih dari satu untuk penggunaan masa depan jika diperlukan. Juga sebaiknya digalakkan mencari laptop yang boleh diupgrade pada masa depan. Pembeli boleh menjangka pada masa depan akan menggunakan lebih banyak ruang data dan maklumat dan dalam masa perlu menambah RAM bagi tujuan peningkatan setara dalam kepantasan. Saiz screen juga adalah sangat penting terutama sekali mengikut kerjaya si pengguna. Bagi yang terlibat dengan suntingan dan perakauanan adalah digalakkan bagi mencari saiz screen yang lebih besar berbanding hanya bagi tujuaan membuat kerja pejabat biasa.