Chromebook adalah versi komputer riba biasa yang sangat mudah. ChromeOS berasaskan Linux dan hanya membenarkan muat turun ke awan dan muat turun minimum ke peranti itu sendiri. Terdapat beberapa permainan dalam Google Play Store yang korang boleh muat turun, namun tidaklah banyak kerana menggunakan browser sahaja. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memuat turun gambar dan fail ke Google Drive dan mengaksesnya di Chromebook. Bagaimanapun, bagi mereka yang mengintai Chromeook untuk kegunaan peribadi ataupun buat kelas online anak-anak terdapat kelebihan dan kekurangan komputer riba itu yang perlu dipertimbangkan. Antara kelebihan – kelebihan pada Chromebook adalah seperti yang berikut. Pertama, Chromebook lebih murah. Peranti tersebut harganya lebih murah berbanding komputer riba biasa. Ini disebabkan reka bentuknya ringkas dan kemampuan yang dicipta tidak besar untuk ‘run’ pelbagai program. Namun begitu, Chromebook bagus untuk penggunaan asas menggunakan internet dan menaip sekiranya korang menyimpan fail di dalam storan cloud sedia ada. Harga Chromebook pula lebih berpatutan berbanding peranti lain di pasaran. Yang kedua, Operasi Chrome stabil dan pantas. Sistem operasi (OS) Chromebook berupaya untuk ‘boot’ dalam masa beberapa saat. Apabila menekan butang kuasa, komputer riba akan menyala hampir seketika dan boot beberapa saat kemudian. Semasa beroperasi ketika dihidupkan dan dimatikan, korang tidak akan berhadapan masalah ‘lag’. Kadang-kadang terdapat sedikit kelewatan, tetapi prestasi Chromebook sangat cepat. Jarang berlaku masalah crash kerana OS stabil dan berjalan lancar.Yang Ketiga, Bateri tahan lama. Jangka hayat bateri antara sembilan hingga 11 jam berbanding komputer riba Windows (tiga hingga empat jam). Ini bermakna individu tidak perlu mengecasnya dengan kerap dan Chromebook pilihan terbaik semasa dalam perjalanan jauh atau kembara. Yang keempat, tidak terdedah virus. Chromebook mempunyai antivirus built-in yang akan dikemas kini dengan kerap. Jadi, korang tidak perlu bimbang tentang fail yang berpotensi berbahaya pada komputer riba. Yang kelima, ringan dan padat. Kebanyakan Chromebook dicipta dengan saiz lebih kecil daripada kebanyakan komputer riba. Ia lebih nipis dan lebih ringan kerana operasi tidak mengenakan sistem yang rumit. OS Chrome pada asasnya berasaskan web, jadi komponen yang diperlukan untuk mencipta komputer berfungsi pada tahap minimum. Walaubagaimanapun terdapat banyak juga kelemahan jika dibandingkan dengan komputer riba. Antara kelemahannya adalah, yang pertama, storan dalaman minimum. Chromebook hanya mempunyai 32GB storan. Jadi korang hanya dapat menyimpan gambar dan fail teks dalam jumlah yang kecil. Bagi penyimpanan fail bersaiz besar, maka diperlukan Google Doc dan Google Drive. Yang kedua, Masalah mencetak. Walaupun boleh mencetak dari Chromebook, tetapi membuat tetapan berfungsi dengan pencetak mungkin sukar kerana sebilangan pencetak tidak serasi untuk Chromebook. Oleh itu, untuk mencetak secara terus dari Chromebook dapatkan mesin pencetak yang mempunyai fungsi bluetooth. Yang ketiga, Luar capaian internet. Jika peranti di luar capaian internet tidak banyak yang boleh dilakukan. Misalnya, untuk menyunting dokumen di dalam Google Doc, korang memerlukan internet. Baca juga Ibu ayah siap sedia. KPM bakal laksana PdPR 2 minggu lepas cuti raya bendung jangkitan di sekolah. Yang keempat, tidak support banyak game. Sudah tentu banyak permainan yang boleh korang akses di gedung Google Play, namun tidak ada banyak pilihan menggunakan peranti itu. Ia disebabkan kebanyakannya browser-based games. Lagipun Chromebook itu sendiri tidak mempunyai kapasiti atau keupayaan untuk menyokong pelbagai jenis permainan. Yang kelima, tidak boleh menyunting video atau gambar. Tidak ada perisian penyuntingan video atau foto berkualiti tinggi tersedia di dalam Chromebook. Terdapat beberapa penyuntingan foto berkonsepkan browser-based, tetapi keupayaannya terhad. Jika individu mencari peranti yang akan digunakan untuk mengedit atau melakukan apa-apa selain menulis dan menyimpannya di Cloud, maka Chromebook tidak disyorkan. Sekiranya berhajat hanya menggunakannnya bagi kerja berbentuk penulisan atau kelas PdPR, Chromebook adalah pilihan yang tepat.