Intel Corporation ialah sebuah syarikat teknologi yang beribu pejabat di Santa Clara, California. Intel adalah pengeluar cip semikonduktor dan microprocessor terbesar di dunia. Pada tahun 2018, Intel berada pada tempat ke 46 dalam senarai 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat, berdasarkan pendapatan tahunan keseluruhan. Intel menghasilkan dan membekalkan microprocessor bagi pengeluar sistem komputer seperti Lenovo, HP dan Dell. Intel juga menghasilkan motherboard chipsets, network interface controllers serta litar bersepadu, flash memory, cip grafik, embedded processor dan peralatan lain yang berkaitan dengan teknologi komputer. Intel ditubuhkan pada Julai 1968, oleh dua orang peneraju bidang semikonduktor, Robert Noyce dan Gordon Moore. Pada peringkat awal penubuhan, Intel menjadi pengeluar awal cip memori SRAM dan DRAM, yang menjadi produk utamanya sehingga tahun 1981. Pada era 1990-an, Intel melakukan banyak pelaburan dalam bidang rekacipta microprocessor baru, seiring dengan perkembangan dan pertumbuhan industri komputer pada masa itu.
.
Antara bidang pengoperasian Intel pada hari ini ialah:
.
Menghasilkan komponen hardware yang digunakan dalam komputer jenis desktop dan notebook
Menghasilkan komponen hardware yang digunakan dalam server, jaringan dan platform simpanan
Menawarkan platform yang direka untuk kegunaan jualan, pengangkutan, industri, bangunan dan kegunaan di rumah
Menghasilkan flash memory yang digunakan dalam solid state drive (SSD)
Menghasilkan perisian keselamatan dan antivirus
Menghasilkan semiconductor yang boleh diprogramkan
.
Pada tahun 2017, Dell menjadi penyumbang keuntungan Intel sebanyak 16%, diikuti oleh Lenovo sebanyak 13% dan HP Inc. sebanyak 11%. Intel memiliki market share terbesar dalam pasaran microprocessor (73.3%) dan juga mobile pc microprocessor (80.4%) di seluruh dunia. Intel menawarkan sahamnya kepada awam pada tahun 1970 dengan nilai 23.50 dollar sesaham. Jualan ini berjaya mengumpulkan sebanyak 6.8 juta dollar bagi syarikat pada masa itu. Intel Corporation ialah sebuah syarikat teknologi yang beribu pejabat di Santa Clara, California. Intel adalah pengeluar cip semikonduktor dan microprocessor terbesar di dunia. Pada tahun 2018, Intel berada pada tempat ke 46 dalam senarai 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat, berdasarkan pendapatan tahunan keseluruhan. Intel menghasilkan dan membekalkan microprocessor bagi pengeluar sistem komputer seperti Lenovo, HP dan Dell. Intel juga menghasilkan motherboard chipsets, network interface controllers serta litar bersepadu, flash memory, cip grafik, embedded processor dan peralatan lain yang berkaitan dengan teknologi komputer.
Intel ditubuhkan pada Julai 1968, oleh dua orang peneraju bidang semikonduktor, Robert Noyce dan Gordon Moore. Pada peringkat awal penubuhan, Intel menjadi pengeluar awal cip memori SRAM dan DRAM, yang menjadi produk utamanya sehingga tahun 1981. Pada era 1990-an, Intel melakukan banyak pelaburan dalam bidang rekacipta microprocessor baru, seiring dengan perkembangan dan pertumbuhan industri komputer pada masa itu.
.
Antara bidang pengoperasian Intel pada hari ini ialah:
.
Menghasilkan komponen hardware yang digunakan dalam komputer jenis desktop dan notebook
Menghasilkan komponen hardware yang digunakan dalam server, jaringan dan platform simpanan
Menawarkan platform yang direka untuk kegunaan jualan, pengangkutan, industri, bangunan dan kegunaan di rumah
Menghasilkan flash memory yang digunakan dalam solid state drive (SSD)
Menghasilkan perisian keselamatan dan antivirus
Menghasilkan semiconductor yang boleh diprogramkan
.
Pada tahun 2017, Dell menjadi penyumbang keuntungan Intel sebanyak 16%, diikuti oleh Lenovo sebanyak 13% dan HP Inc. sebanyak 11%. Intel memiliki market share terbesar dalam pasaran microprocessor (73.3%) dan juga mobile pc microprocessor (80.4%) di seluruh dunia. Intel menawarkan sahamnya kepada awam pada tahun 1970 dengan nilai 23.50 dollar sesaham. Jualan ini berjaya mengumpulkan sebanyak 6.8 juta dollar bagi syarikat pada masa itu. Intel menjadi pengeluar cip komputer terbesar di dunia dari tahun 1992 sehingga 2018, daan kemudian dipintas oleh Samsung pada 2019.Intel kemudian Kembali pada kedudukan pertama pada tahun 2020. Antara pesaing Intel yang lain dalam bidang semikonduktor ialah, AMD, VIA Technologies, Silicon Integrated Systems dan juga NVIDIA. Pesaing-pesaing dalam bidang networking pula, termasuklah NXP Semiconductors, Infineon, Broadcom Limited, Marvell Technology Group dan Applied Micro Circuits Corporation. Pesaing dalam pasaran flash memory termasuklah Spansion, Samsung Electronics, Qimonda, Toshiba, ST Microelectronics dan SK Hynix. Intel membeli syarikat sekuriti computer, McAfee pada tahun 2010 dengan nilai 7.68 billion dollar. Pada tahun yang sama, Intel membeli Infineon Technologies Wireless Solution. Teknologi yang dibeli ini akan digunakan oleh Intel di dalam komputer riba, telefon pintar, tablet dan embedded computer dalam produk pengguna, dengan mengintegrasikan modem wireless Infineon ke dalam cip silikon Intel. Pada Julai 2012, Intel membeli 10% saham SML Holding dengan nilai 2.1 billion dollar dan 1 billion lagi bagi 5 % saham yang digunakan untuk memberi dana bagi projek kajian dan pembangunan teknologi wafer mikro dan juga UV lithography. Pada tahun 2017, Intel membuat pelaburan sebanyak 170 juta dollar bagi projek pusat kajian dan pembangunan produk di Bangalore, India.